MARI BELAJAR BAHASA!

Bahasa! Yay! Subjek yang paling stress kalau time sekolah dulu terutama 
Bahasa Melayu, memang aku akan end up tidur atau terkebil-kebil
tengok member depan. Huish! Kalo karangan lagi la, macam mane beli buku
karangan di awal tahun, macam tu la akhir tahun. Bahaha! Kalo lagi bagus, tahun depan
liquid je kelas tu. Wawawa! Oh, jangan tanya macam mana boleh survive tak buat karangan,
sebab nanti korang menyesal. Do it with your brain bebeh! Hohihohihohi!

Okay, nevermind, dah terlajak sampai Easter Island dah. Entri kali ni pasal 
'MARILAH KITA BELAJAR BAHASA BARU'! Uih, salah2, I prefer
belajar dialek baru. Ngeh3! Living in UUM, I was surrounded by friends who came 
from all over Malaysia, around the globe in fact. Tp di sini kite hanya mahukan
MALAYSIA sahaja. So, shussssh! Diam! Cikgu yang suatu mase dulu sesat
ni nak mengajar ni.

Okay, perkataan pertama 'SOROK'.

Ape yang korang tahu pasal 'sorok'? Kalau normalnya korang sebagai manusia
@ homosapien (ini bukan nama Jawa), 'sorok' ialah sorok! Haha! Korang
pandai kan, dont make me explain boleh dak? Haih.. Nyehehe! Okaylah,
kalau satu masa nanti korang ditakdirkan belajar di Kedah seperti diri ini,
kalau antara pukul 6 pagi sampai 12 tgh hari, kalau orang Kedah tanye
"Ang dah nyorok ka?".. Korang TOLONG! TOLONGLAH jangan buat muka
jambu batu & terus cari pintu untuk menyorok atau melempang si penanya.
Tolong jangan, kesian dia... Niat dia hanyalah nak tanya
"Ko dah breakfast dah ke?".. Haa.. Itulah dia, 'nyorok' is breakfast ye anak-anak
didikku yang bijak bergeliga otaknya bak diasah-asah. Cukup la koi sorang
je yang diperbodohkan pak cik prebet sapu ketika kami menuju ke 
bandar Changlun. Tsk2!

Satu lagi, korang ade kawan Kelantan? Koi ade ramaiiiiiiii! Eh, dua je.. Ngee!
Sape lagi kalo si Mas and Kulat. Yoyoyo! So,kalo ade kawan dari Kelantan,
fasten your seat belt, wear your protection helmet and be friend with them.
Ki3! Actually x yah kot, mak cik 2 ketul ni je yg aku rase berbahaya. Okay, balik
smule pada cerita, kalau korang lepak bilik kawan Kelantan & korang
mengada-ngada nak mintak barang2 yg tiada dalam radar pandangan seperti
maggi, kopi segera, pad dan lain2, tolonglah paham kalau diorang cakap
"Mu gi amik dalam sorok sendiri lah".. Please, tolong jangan jawab
"dah ko sorok pesal suruh aku amik plak" atau "peh!kedekut!sampai sorok2 plak" atau 
buat muke jambu batu siri II 
sebab korang akan end up kene flush.. Huih! Kene kebal kawan ngan diorang ni.
Haha! Yessss, sorok ialah laci @ drawer ye anak2. Peh! Penat nak explain
dalam versi menaip ni, rase x laju giler. Tsk2!

Ha, tu je untuk hari ni, esok luse tulat kulat bukak cite lain plak. Adios 
bebehhh!!


Comments

Popular Posts